Nolimitzone360



~Secangkir Kopi O~

Wednesday 11 January 2017

SATOSHI NAKAMOTO - Misteri lagenda programmer yang menjadi billionaire.

SATOSHI NAKAMOTO - Lagenda programmer yang menjadi billionaire masih misteri.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍


Pada tahun 2009 satu versi Emas digital telah muncul di internet dan dicipta oleh orang bernama Satoshi Nakamoto, den tak pasti ini nama samaran atau nama sebenar, tapi khabar angin mengatakan ini hanya nama samaran. Tapi pada pendapat den dia ni memang org jepun kerana alamat IP yg digunakan adalah dari jepun.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍


EMAS MAYA DAN SIFATNYA SEPERTI EMAS
‍‍‍‍‍‍
 ‍‍Satoshi Nakamoto telah mencipta CryptoCurrency yakni satu bentuk komoditi maya yang dipanggil Bitcoin (btc). Sifatnya sebijik macam emas betul.
Itu yang menjadikan bitcoin ni bernilai sama macam emas.
Emas dan bitcoin mempunyai sifat yang sama
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

1. Terhad
Sehingga saat ini hanya ada 16 juta BTC didalam market dan terhad sehingga 21 juta BTC. Seperti emas yg didalam pasaran didalam linkungan 171300 tan.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

2. Btc dihasilkan dengan cara processor perlu selesaikan masalah math algorithm didalam computer dan terhasilah btc dari situ.
Semakin byk btc dihasilkan, math algorithm akan menjadi makin susah dan processor yang makin kuat perlu dihasilkan. Ini memakan kos dari segi electricity dan hardware, sama sifatnya seperti emas yang memerlukan kos dan peralatan untuk mendapatkannya.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

3. Tidak seperti wang kertas yang dikuasai Federal Reserve dan boleh dicetak sesuka hati, bitcoin dan emas tidak boleh dicetak, dan hanya boleh didapati dengan cara menggali. Istilah mining juga digunakan untuk menghasilkan bitcoin.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍


KEKAYAAN SATOSHI DALAM MASA SINGKAT.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Diawal kewujudan BTC, harganya sangat murah, terlalu murah sampai den menyesal tak beli awal-awal. Pada tahun 2009, harga 1BTC hanyalah senilai 0.08USD, dan sekarang pada hari ini harga 1BTC adalah 734.75 USD !

Bayangkan kalau den beli 1000 BTC waktu tu, modal RM 240, nilai sekarang untuk 1000 BTC adalah RM 3300000
Dengan modal hanya RM240 den dah boleh jadi jutawan!
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Dan dikatakan bijaknya Satoshi sebagai pencipta btc, sebelum dia chow hilangkan diri sebagai lagenda, dia dah kebas 1juta bitcoin awal2 lagi, dianggarkan kekayaan dia adalah sebanyak RM3.3 BILLION, lebih RM0.8bil lagi tinggi dari  pendapatan yang diterima oleh santis di Malaysia.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍


MENGHILANGNYA LAGENDA SATOSHI
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Pada tahun 2011, selepas mengasaskan bitcoin, Satoshi telah meninggalkan pesan akhir “I’ve moved on to other things. It’s in good hands and with everyone.” Setelah itu tiada lagi sebarang berita dari Satoshi. Satoshi Nakamoto masih menjadi lagenda hingga ke hari ini, tiada siapa tahu dengan tepat siapa dia yang sebenarnya. Dan hasil 'masterpice' nya itu telah mewujudkan berbagai bagai lagi cryptocurrency selain bitcoin.

Harga terkini bitcoin https://www.google.com/#q=bitcoin+price

The next bitcoin dalam pengamatan saya adalah Ethereum.
Sekian.